Notis Perlindungan Data Peribadi
Notis Perlindungan Data Peribadi ini ("Notis") menerangkan bagaimana ACCO Malaysia Sdn Bhd (“ACCO Brands”) menggunakan Data Peribadi yang mungkin telah dikumpul dan diproses sebagai sebahagian daripada operasi seharian ACCO Brands dan dalam perjalanan biasa perniagaan.
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. ACCO Brands mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di laman sesawang ACCO Brands (“Laman Sesawang”). Dengan terus berkomunikasi dengan ACCO Brands atau menggunakan produk atau perkhidmatan ACCO Brands berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
Pengumpulan Data Peribadi
- "Data Peribadi" bermaksud maklumat mengenai seseorang individu, yang boleh dikenal pasti daripada data tersebut dan maklumat lain di mana ACCO Brands ada atau berkemungkinan ada akses, termasuk nama, nombor telefon, alamat, alamat e-mel, nombor faks, apa-apa maklumat mengenai individu tersebut yang telah diberikan kepada ACCO Brands berikutan mana-mana komunikasi seperti melalui kad nama atau kad perniagaan dan/atau apa-apa maklumat mengenai individu tersebut yang telah atau yang mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh ACCO Brands sama ada secara langsung atau tidak langsung, dari semasa ke semasa.
- Tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada ACCO Brands secara langsung, ACCO Brands juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk daripada majikan individu yang juga merupakan pelanggan kami, rakan-rakan kongsi kami, domain awam seperti laman-laman sesawang, kad-kad nama, borang pesanan, atau apabila individu tersebut berinteraksi dan berkomunikasi dengan ACCO Brands.
- Data Peribadi juga mungkin dikumpul melalui cookies apabila seseorang individu melayari Laman Sesawang. Sekiranya seseorang individu tidak ingin mempunyai cookies diletakkan di atas komputer masing-masing semasa melayari Laman Sesawang, sila menetapkan pelayar untuk menolak penggunaan cookies sebelum menggunakan Laman Sesawang, dengan kelemahan iaitu ciri-ciri tertentu Laman Sesawang mungkin tidak berfungsi dengan tepat tanpa bantuan cookies.
- Pemberian Data Peribadi individu tersebut adalah wajib sebab tanpa Data Peribadi sedemikian, ACCO Brands tidak dapat memberi perkhidmatan semasa jualan dan selepas jualan serta sokongan kepada pelanggannya.
Purposes of Processing
ACCO Brands mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi untuk tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti ACCO Brands yang termasuk, tanpa had, tujuan berikut (“Tujuan”): -
- untuk memproses, mengesahkan dan memenuhi permintaan pelanggan mengenai produk, perkhidmatan atau transaksi ACCO Brands;
- untuk memberi perkhidmatan semasa jualan dan selepas jualan dan sokongan seperti penghantaran produk dan perkhidmatan pembaikian;
- untuk menghubungi pelanggan mengenai pertanyaan dan permintaan;
- untuk mematuhi atau menguatkuasakan terma-terma dan syarat-syarat mana-mana kontrak atau perjanjian yang dibuat oleh atau bagi pihak ACCO Brands di mana ACCO Brands terikat atau wajib mematuhi;
- untuk memproses transaksi pembayaran;
- untuk tujuan pentadbiran dalaman, seperti pengauditan,
- untuk penyiasatan dalaman dan luar;
- untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
- untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang, kepentingan atau harta ACCO Brands dan/atau untuk mendapatkan nasihat undang-undang;
- untuk ACCO Brands mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
dan individu tersebut bersetuju dan memberi kebenaran kepada ACCO Brands untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi mengikut cara yang dikenal pasti di dalam Notis ini.
Tujuan pemasaran dan promosi
ACCO Brands juga mungkin menghantar bahan komunikasi kepada pelanggannya, dan dalam keadaan tertentu mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi bagi tujuan sedemikian, seperti untuk:
- menyediakan komunikasi pemasaran yang berkesan dan dioptimumkan untuk pelanggan;
- memaklum pelanggan berkenaan penawaran faedah terkini daripada kami;
- berhubung pelanggan berkaitan dengan perkhidmatan dan tawaran yang relevan kepada mereka;
melalui e-mel, pos dan panggilan telefon (“Tujuan Pemasaran”).
Sekiranya individu tersebut tidak memberi persetujuan kepada ACCO Brands untuk memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan Pemasaran, sila memaklumkan kami menggunakan butiran hubungan di bawah.
Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi mungkin dipindahkan kepada, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, seperti dalam keadaan yang berikut:
- di mana fungsi pentadbiran ACCO Brands dilaksanakan di luar Malaysia;
- di mana pelayan-pelayan atau pelayan-pelayan sandaran ACCO Brands terletak di luar Malaysia;
- di mana Data Peribadi dikehendaki untuk didedahkan kepada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang di luar Malaysia;
- di mana syarikat-syarikat gabungan ACCO Brands, penyedia perkhidmatan, kontraktor-kontraktor, ejen-ejen atauk rakan-rakan kongsi terletak di luar Malaysia.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
- Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga untuk Tujuan atau Tujuan Pemasaran. Selanjutnya, ACCO Brands mungkin melantik syarikat-syarikat, pembekal perkhidmatan atau individu lain untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak ACCO Brands, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi kepada pembekal perkhidmatan atau pihak-pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang disebut dalam seksyen ini termasuk (tanpa had):-
- penasihat profesional kami, termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, akauntan dan penasihat kami;
- pembekal perkhidmatan seperti pembekal perkhidmatan IT ACCO Brands, pembekal pengangkutan, dan pembekal perkhidmatan pembaikan peralatan;
- anak-anak syarikat kami; dan
- pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan di dalam dan di luar Malaysia, bagi ACCO Brands atau syarikat-syarikat gabungannya untuk mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan.
- Data Peribadi anda juga mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat yang melibatkan ACCO Brands, seperti penjualan bahagian, penggabungan, penyatuan, atau jualan aset, atau dalam hal tidak mungkin penggulungan.
Akses & Permintaan Pembetulan dan Inkuiri
- Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, seseorang individu boleh meminta akses kepada dan/atau membetulkan Data Peribadi mereka, membuat permintaan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi mereka dan/atau membuat apa-apa pertanyaan atau aduan mengenai Data Peribadi mereka dengan menghubungi:-
Pengurus Perkhidmatan Pelanggan dan Pentadbiran Jualan;
sarah.tan@acco.com;
+603 7710 4579
- Sila ambil perhatian bahawa jika seseorang individu menarik balik persetujuan beliau untuk ACCO Brands memproses Data Peribadi untuk Tujuan, ini akan mengakibatkan ACCO Brands mungkin tidak dapat masuk dalam transaksi atau kontrak dengan pelanggan mereka dan tidak akan dapat membekalkan pelanggan mereka dengan produk atau perkhidmatan yang telah diminta.
- Berkenaan dengan hak seseorang individu untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi beliau, ACCO Brands berhak untuk menolak permintaan sedemikian ntuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Maklumat Peribadi daripada Individu Lain
Dalam sesetengah keadaan, seseorang individu mungkin telah memberikan Data Peribadi berkaitan dengan individu lain dan dalam keadaan sedemikian individu tersebut mewakili dan menjamin bahawa mereka diberi kuasa untuk memberikan Data Peribadi tersebut kepada ACCO Brands dan bahawa mereka telah mendapatkan persetujuan individu berkaitan supaya Data Peribadi mereka diproses dan digunakan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini dan mereka telah dimaklumkan mengenai kandungan Notis ini.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi dengan ACCO Brands, melalui penglibatan dengan ACCO Brands atau dengan menggunakan produk atau perkhidmatan ACCO Brands, individu tersebut mengakui bahawa beliau telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dan memberi persetujuan kepada penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh ACCO Brands seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Muat Turun